Salam
dekorasi,
Kesinambungan
daripada artikel yang lepas, entri kali ini adalah sambungan bagi Dimensi
Warna-Bahagian 2. Selain dimensi warna putih dan gelap, dimensi warna yang
seterusnya adalah warna natural dan terang.
NATURAL
Tenang
dan mendamaikan, palet warna natural serasi dengan aliran trend yang banyak
dipertontonkan aplikasinya pada unit kabinet, perabot, aksesori bilik air
selain latar cat dinding yang biasa digayakan. Malahan, pilihan tema natural
adalah lebih praktikal kerana mengilhamkan penggayaan yang lebih harmoni.
Via blog |
Via web |
ELAKKAN menggayakan warna natural
yang gelap sekiranya anda menggabungkan di antara dua fungsi ruang, seperti
ruang dapur dengan ruang tamu atau ruang bilik tidur dengan bilik air. Gunakan
warna yang lebih terang kerana akan memudahkan padanan dengan perabot, fabrik
dan kemasan lantai. Anda boleh menggunakan warna gelap bagi memberikan
penyataan yang lebih dramatik.
Via web |
Tip
dekor:
· Jangan
jadikan suasana terlampau bosan. Meskipun ia pilihan warna yang selamat, anda
mesti menonjolkan wajah ruang dapur dan bilik air yang lebih menarik, cantik
serta memberi refleksi kepada personaliti anda.
· Padankan
rona natural dengan pilihan warna senada yang lebih perlahan bagi skema
penggayaan yang lebih harmoni.
Via web |
· Pilihan
material seperti venir atau batu semula jadi seperti limestone dapat memberikan
impak natural yang hebat dengan perincian tekstur dan motifnya.
Via web |
TERANG
Serakan
warna memberikan anda pilihan gaya lebih spesifik, selain dapat membantu
menceriakan lagi suasana ruang dapur atau bilik air. Warna dapat memberikan
inspirasi dan dorongan bagi anda mencuba memasak di ruang dapur. Warna-warna
yang cerah sesuai dikombinasikan bersama palet natural atau hitam atau putih.
Tidak perlu menggunakan ia terlalu banyak, cukup sekadar memberikan titik tumpu
kepada ruang yang digayakan.
Via web |
Via blog |
ELAKKAN penggunaan warna yang
terlampau banyak. Anda tidak mahu ruang dapur dan bilik air kelihatan seperti
taman tema kanak-kanak. Tetapkan untuk gunakan satu atau dua elemen warna bagi
menyerlahkan skema ruang yang sekata.
Via web |
Tip
dekor:
· Splashback merupakan elemen yang
terbaik untuk anda menonjolkan pilihan warna di ruang dapur ataupun bilik air.
Bagi ruang dapur, ia akan menyerlahkan personaliti dan keanggunan wajah ruang
manakala bagi bilik air penggunaan splashback
memudahkan permukaan di ruang pancuran mandi dibersihkan.
Via web |
· Gunakan
warna untuk menonjolkan perincian terbaik bagi sesebuah ruang. Anda boleh
mempertimbangkan untuk menambahkan percikan warna pada ruang dinding
membelakangi kaunter basin di bilik air.
Via blog |
· Kehadiran
pelbagai pilihan warna bagi kabinet dapur juga memberikan dimensi warna yang
lebih hebat kepada ruang. Namun perlu diingatkan untuk meminimakan kombinasi
warna bagi unit kabinet dapur anda bagi mengelakkan pemandangan ruang yang
berserabut.
Via web
|
Selamat bereksperimentasi dengan dimensi warna dalam penggayaan ruang dapur dan bilik air kediaman!