Gayakan
ruang dapur dan bilik air anda dengan cara mudah untuk mendapatkan keanggunan
melalui dimensi warna.
PUTIH
Ruang
dapur dan bilik air bertemakan warna putih bukan sesuatu yang baru. Malahan
biasan warnanya dapat memberikan kesan yang lebih hebat dalam mempengaruhi
kecerahan ruang. Bagi ruang dapur besar yang menerima banyak pencahayaan semula
jadi pula, penggayaan warna putih dapat membangkitkan keselesaan ketika
dipandang. Manakala bagi bilik air pula, warna putih menambahkan elemen
pencahayaan kepada ruang selain menggambarkan kebersihan. Meskipun agak sukar
untuk diselenggara, namun anda boleh menambahkan sedikit tekstur dan tona
melalui batuan semula jadi dan kabinet penstoran bagi mengelakkan keadaan ruang
kelihatan begitu kotor keseluruhannya.
Via web |
ELAKKAN ruang kelihatan terlampau klinikal. Gunakan
tekstur natural dan variasikan di antara kemasan pusam dan berkilat bagi
mencipta atmosfera ruang yang lebih tenang dan mengalu-alukan.
Tip
dekor:
· Ciptakan
skema gaya ‘country’. Serlahkan
perincian dan juga tekstur seperti aplikasi panel dinding tounge-and-groove, unit kabinet dan jubin.
· Skema
warna all-white memberikan anda lebih
peluang untuk bermain dengan perincian yang lebih halus. Tidak semestinya warna
putih hanya terhad kepada pilihan warnanya yang polos sahaja. Pilihan tona yang
berbeza dapat membawakan efek ruang yang lebih menarik dan sofistikated,
bukannya serabut.
· Gunakan
elemen natural bagi mencipta daya tarikan kepada ruang bilik air berskema
putih. Anda boleh menggayakan bahagian kaunter dari material venir, di mana
akan memberi impak kasual elegan.
Via web |
· Permukaan
lantai batu akan menyerlah bilik air ataupun pelbagaikan penggunaan jubin
dengan efek atau tekstur berbeza bagi mengurangkan kesan kotoran berlaku.
GELAP
Elegan
dan dramatik, itulah yang dapat diungkapkan bagi bilik air yang dilatari jubin
berskema gelap dari ruang lantai ke siling yang menciptakan mood yang lebih
intim. Apatah lagi digandingkan dengan pencahayaan yang sepadan bagi
menimbulkan suasana yang diingini. Teori yang sama boleh diguna pakai bagi
mewujudkan ruang dapur hitam yang dramatik dengan plan ruang terbuka.
Via web |
ELAKKAN skema warna gelap sekiranya
ruang dapur atau bilik air anda kurang mendapat pencahayaan semula jadi. Ini
kerana ruang praktikal seperti ini, anda memerlukan fungsi pencahayaan yang
secukupnya bagi menerbitkan impak ruang lebih cerah.
Via web |
Tip
dekor:
· Kombinasikan
dua kemasan yang berbeza di dalam ruang yang sama seperti pusam dengan metalik.
· Lembutkan
kontras ruang. Ruang dapur berskema hitam akan menyerlahkan kombinasi warna
yang klasik dengan penggabungan rona kelabu yang hangat digayakan kini.
· Selain
penggayaan dinding yang gelap, anda boleh juga menukarkan pintu kabinet dapur
dengan pelbagai jenis material yang boleh didapatkan di pasaran.
Via web |
· Pastikan
aplikasi material yang betul. Jubin natural berona gelap pada ruang dinding
pancuran mandi adalah pilihan yang kurang tepat. Ia akan memberikan reaksi
terhadap bahan kimia yang terdapat di dalam sabun dan syampu, mengakibatkan
warnanya menjadi kusam. Hanya gunakan warna hitam di ruang kering atau gunakan
pilihan warna kelabu pada keseluruhan warna dinding.
Via web |