DILEMA: Saya baru membeli sebuah
kediaman jenis apartmen dan sedang melakukan proses pengubah suaian. Apabila
melihat ke ruang laluan masuk yang agak panjang dan sempit, saya terus buntu
bagaimana untuk mendekorasi ruang ini meskipun telah meletakkan beberapa buah
lukisan di dinding. Diharap pihak imanpuri interior & architecture dapat
membantu menyelesaikan dilema saya ini.
SOLUSI: Jangan biarkan ruang ini
menyekat gaya dekor bagi ruang kediaman anda. Biarpun ruang laluan masuk
merupakan ruang transisi, ia juga memainkan peranan penting dalam mencipta
tarikan utama kepada wajah keseluruhan kediaman. Sememangnya bukan 24/7 kita
meluangkan masa berada di ruang ini, namun secara estetiknya ia wajar
didekorasi dengan penggayaan yang sempurna. Berikut merupakan empat solusi yang
boleh anda lakukan dalam proses pengubah suaian ruang laluan masuk kediaman
anda:
Via link |
1. Catkan
dinding dengan rona kelabu gelap.
Cat adalah cara termudah dan termurah bagi mengubah wajah apa sahaja ruang. Malahan,
dengan warna juga atmosfera dan mood sesebuah ruang dapat dibangkitkan. Bagi memberikan
ruang laluan ini kelihatan lebih dramatik, catkan dinding dengan rona kelabu
gelap, dan mungkin juga boleh diaplikasikan di bahagian siling! Perincian
kemasan kayu berona putih akan memberikan kontras kepada ruang seterusnya
menyeimbangkan keseluruhan wajah ruang.
Via link |
2. Warnakan
pintu dan bahagian kerangka dengan rona hitam. Ia dapat menyerlahkan perincian seni bina
ruang. Malahan ia secara tidak langsung menyembunyikan keadaan ruang laluan
yang terlalu panjang dan memberikan impak ruang yang lebih elegan.
3. Cat berjalur. Catkan dinding secara berjalur lebar melintang rona hitam dan putih. Ia mungkin kedengaran agak keterlaluan, tetapi anda akan kagum dengan hasilnya.
4. Gunakan kertas dinding. Kertas dinding adalah cara terbaik untuk menerbitkan ilusi ruang yang berlainan dan mengubah persepsi mengenai sesebuah ruang. Tiada had dalam penggunaan warna mahupun tema yang ingin digayakan. Apa sahaja motif boleh dipilih asalkan bertepatan dengan wajah keseluruhan kediaman. Jika tidak tahu membuat pilihan, tanyakan kepada pakar bagi membantu anda memilih kertas dinding yang bertepatan dengan gaya dekorasi kediaman.
Sekiranya mempunyai dilema dekorasi yang ingin dikongsikan bersama, ajukan soalan di laman facebook imanpuri atau emailkan ke imanpuri@yahoo.com.