Wednesday, February 23, 2011

PART 2 :Tips bagaimana merekabentuk dapur yang sempurna

Baik lah di sini saya nak sambung kembali PART 2 tips mengenai merekabentuk dapur yang sempurna...okey teruskan membaca yea....


Apakah cadangan penggunaan warna yang sesuai untuk ruangan dapur sempit agar kelihatan luas.
 - Untuk dapur yang sempit, warna-warna memainkan peranan penting untuk menghasilkan mood yang sesuai dengan jiwa pemilik. Warna bermain peranan untuk menaikkkan mood ruang dapur. Sebaiknya ruang dapur mempunyai satu atau dua warna sahaja. Bagi pemilik yang menggemari mood yang santai dan kedesaan boleh memilih warna-warna yang neutral dari rona effect kayu. Bagi pengguna yang menggemarkan potongan ringkas dan moden boleh memilih laminated yang mempunyai warna-warna yang polos dan kaca berwarna. Jika mempunyai keluasan dapur yang terhad dan sempit, pemilik perlu bijak menggunakan warna agar tidak nampak sesak. Misalnya jika pemilik mahu menggunakan warna hitam sebagai kabinet, anda perlu pandai menyesuaikannya dengan warna-warna yang lebih cerah seperti di lantai, siling, counter top, glass tiles, dan kemasan tingkap.

Jika ingin menggunakan kertas dinding di ruang makan kediaman apartment, kondominium dan pangsapuri, apakah ianya sesuai. Jika sesuai apakah corak yang disarankan?
- penggunaan kertas dinding pada ruang makan bergantung kepada kedudukan ruang makan tersebut. Jika ia mempunyai permukaan dinding yang banyak dan terletak pada sudut maka ia boleh menggunakan kertas dinding tanpa memerlukan motif yang sarat dengan corak supaya ruang tidak menjadi smepit. padankan juga dengan warna-warna yang kosong asas di sekelilingnya supaya nampak lebih seimbang dengan kertas dinding tadi.

Pengcahayaan yang sesuai untuk dapur berkeluasan terhad?
- Pencahayaan adalah elemen asas yang penting perlu diterapkan pada dapur berkeluasan terhad. Utamakan pengcahayaan yang semulajadi dan mencukupi untuk setiap raung dapur. Ini memudahkan untuk bekerja dan menaikkan mood ruang dapur. Pencahayaan daylight lebih bersesuaian untuk ruang sempit kerana lebih terang.

Pilihan aksesori untuk dapur berkeluasan terhad.
- Aksesori untuk dapur bagaikan lipstik dan maskara. ianya adalah pelengkap gaya dapur. antaranya pilih pemegang pintu kabinet yang ringkas dan tidak menonjol. Selain itu penggunaan soft closer, carousel, cutlery tray, tempat letak pinggan mangkuk dan sebagainya membolehkan penstoran yang maksimum supaya peralatan menjadi teratur dan kemas. tidak lupa juga tumbuhan yang menghijau untuk menghidupkan suasana dapur supaya lebih tenang dan nyaman.
Susun atur yang sesuai untuk ruang dapur yang sempit.
- Seperri yang diterangkan pada permulaan tadi, jika mempunyai dapur yang sempit dan terhad memerlukan kebijaksanaan untuk menyusun atur ruang supaya tidak menjadi sempit dan lebih praktikal. lebih pentingkan kepada keperluan asas iaitu untuk ruang memasak, mencuci, penyediaan dan penstoran. Kedudukan keperluan ini perlu menepati kemudahan untuk pergerakan dan praktikal. Dan ini boleh dilihat dalam reka bentuk double line mahupun L. Walau bagaimana pun semua ini terpulang kepada kesesuaian reka bantuk dapur tersebut. dan kita perlu bijak merekabentuk untuk mendapatkan dapur yang diidam kan.

baiklah ini adalah antara tips bagaimana untuk merekabentuk sesebuah dapur mengikut kesesuaian ruang.Diharapkan dengan tips2 ini anda dapat mengaplikasinya di ruang dapur rumah anda....



teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!