Wednesday, June 27, 2012

Dapur, jantung kediaman anda!

Isu dapur berkeluasan terhad seringkali menimbulkan pelbagai kesulitan buat pemiliknya, terutama dalam menentukan gaya yang sesuai dengan keperluan dan penggunaan ruang tersebut. Merancang sendiri ruang dapur kediaman, menuntut anda untuk melakukan pelbagai pembacaan, mendapatkan rujukan dari majalah serta bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Di dalam entri kali anda, saya kongsikan sebuah artikel yang pernah dipaparkan di dalam majalah Dapur Impiana. Ia sedikit sebanyak dapat merungkaikan beberapa persoalan yang dihadapi pemilik dapur berkeluasan terhad. Anda dapat mengetahui perkara-perkara asas dalam merancang sebuah ruang dapur yang terhad, namun masih mempunyai gaya dan efisien buat seisi keluarga.



Salam dekorasi,
Anis Amir

Monday, June 11, 2012

Idea Dekor: Ruang Tamu Moden Chic

Tatkala melihat ke kalender, terasa bahang Ramadan yang bakal menjengah tiba di bulan Julai. Dan pada yang sama juga, pastinya ramai pemilik kediaman terdetik untuk memberikan wajah baru kepada ruang tamu sempena Hari Raya. Kali ini, imanpuri interior & architecture memberikan idea dekor yang boleh digayakan di ruang tamu kelak. Jika anda masih tercari-cari gaya apa yang mahu dicuba, mungkin boleh beralih ke Moden Chic pula.


Oh ya, jangan lupa untuk sentiasa mengikuti blog mahupun laman web kami bagi mendapatkan inspirasi dekorasi.

Friday, June 1, 2012

RO Salun di Berita Minggu

Berpeluang menghiasi dada akhbar Berita Minggu merupakan peluang emas bagi imanpuri interior & architecture. RO Salun telah dipilih untuk dipaparkan dalam kolum Hias pada 27 Mei (Ahad) yang lalu. Kolum yang memaparkan idea dekorasi hiasan dalaman ini, menyentuh pelbagai aspek dekorasi yang diketengahkan oleh imanpuri interior & architecture kepada salun ini. Bagi anda yang ketinggalan bolehlah membaca artikel di bawah ini. Oh ya, tidak salah andainya anda cuba untuk berkunjung sendiri ke salun ini bagi merasai sendiri pengalaman gaya dekorasi hasil sentuhan imanpuri interior & architecture. Selamat membaca!