Wednesday, April 6, 2011

7 tips mudah pencetus MOOD di ruang tamu

Salam ceria buat pengunjung blog anis amir...Diharapkan semua pembaca sudi dan rajin singgah ke blog ini kerana pelbagai inspirasi dekorasi dan tips2 yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua yang berkaitan dengan seni tatahias ruang dalaman...

kali ini saya ingin berkongsi 7 TIPS MUDAH PENCETUS MOOD di RUANG TAMU...sentuhan dekorasi di ruang tamu seharusnya sentiasa segar, membangkitkan MOOD serta memberikan keselesaan kepada tetamu dan penghuninya. Dengan ini saya mengetengahkan 7 panduan mudah untuk mencetuskan ruang tamu yang COSY dan praktikal...selamat mencuba!!!

1- PENCAHAYAAN
 ~ Ruang ini boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi aplikasi pencahayaan bersesuaian. Pencahayaan putih ( day light ) misalnya untuk urusan-urusan penting dan rasmi atau teknikal, manakala untuk mood santai pula boleh dijelmakan menggunakan pencahayaan kuning ( warm light ). Sebagai langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu pada kediaman. sebagai contoh, lampu siling atau halogen bercahaya putih, makala candelier, lampu meja dan lampu berdiri pula dilengkapi mentol bercahaya kuning. Jika tidak memasang alat pelaras ( dimmer ) anda boleh memilih mentol berkuasa rendah yang memberikan cahaya yang lembut pada ruang tamu.

2. LUKISAN
~ Lukisan atau gambar berbingkai adalah elemen hiasan dinding yang boleh digunakan untuk menimbulkan mood yang tenang. Lukisan pemandangan di terpian pantai misalnya membawa imaginasi sesiapa yang memenadangnya seolah-olah berada di tepi pantai. foto-foto kenangan sewaktu anda masih kecil juga boleh dibingkaikan dan dipamerkan pada dinding dalam pola yang menarik.

3. FABRIK KAYA TEKSTUR
~ gunakan fabrik yang bertekstur seperti baldu, tafetta, jacquard atau sutera untuk sesetengah perkakas kemasan lembut. Sebagai contoh, kusyen pada sofa, langsir atau upholsteri sofa.

4. WARNA
~ Gunakan warna-warna ruang yang mencetuskan mood tenang dan mesra. Warna-warna pastel misalnya sesuai diaplikasikan untuk mengundang mood sebegini.


5. SUSUNAN PERABOT
~ Susunan perabot memainkan peranan penting dalam mencipta raung yang mesra. letakan perabot secara berkelompok membentuk susana yang selesa untuk perbincangan. Sofa hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain agar tetamu berasa tidak terasing atau tersisih. Ambil kira trafik agar letakan perabot tidak menganggu lalu lintas keluar masuk ke ruang tamu.

6. AROMA
~ Aspek bau-bauan tidak boleh dipandang ringan dalam mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Cetusan bau-buan yang menyenangkan akan menambah keselesaan dan ketenangan buat tetamu. Nyalakan lilin aroma terapi atau bakar minyaknya menggunakan bekas khas untuk mendapatkan kesan yang optimum. Penyembur wangina berjadual yang kini banyak terdapat di pasaran juga boleh dijadikan pilihan agar suasana sentiasa harum dan segar.

7. BUNYI-BUNYIAN
~ Bunyi-bunyian, walaupun tidak boleh dilihat tetapi masih tetap memainkan peranan penting dalam mencipta mood di ruang tamu. Agar suasana ruang tamu relak, cuba wujudkan water feature kecil di salah satu sudut ruang tamu anda. Bunyi air mengalir ini boleh menjadi terapi yang memberikan kerehatan pada minda. Meamsang kerincing angin juga idea yang baik kerana ia akan emmberikan bunyian tersendiri setiap kali ditiup angin. Muzik jazz dan klasik yang perlahan juga hidangan untuk telinga yang membuai perasaan dan menenangkan.

teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!