Dilema dekorasi kali ini pernah dipaparkan di dalam majalah Impiana isu Mei 2011. Beberapa persoalan berkaitan permasalahan dekorasi di ruang kediaman telah dirungkaikan dengan solusi yang praktikal.
Via IKEA |
Anak-anak saya suka
menconteng dinding menggunakan pen dan juga pensil. Adakah terdapat cara untuk saya
melindungi wajah dinding kediaman daripada rosak akibat contengan mereka?
Usah sekat kreativiti anak
anda kerana ini membantu memperkembangkan minda mereka ketika membesar. Solusi
ideal yang boleh
anda lakukan dalam menangani permasalahan ini
adalah dengan menyediakan satu ruang kreatif di mana anak-anak anda boleh
meluahkan ekspresi seni mereka. Sama ada di ruang kamar ataupun di bilik
khas untuk bermain.
Sediakan satu
bahagian panel dinding dan ia mestilah terdiri daripada kemasan
material yang mudah diselenggara contohnya menggunakan kemasan cat yang boleh dicuci, panel kaca
ataupun papan putih yang besar.
Feature wall ruang tamu saya digayakan dengan kemasan kertas dinding
bermotif wama hitam dan turquoise.
Apakah pilihan warna dinding sisi yang
paling sesuai dipadankan pada ruang tamu ini?
Gabungan dua warna yang anda
gayakan ini sangat cantik dan dapat menerbitkan impak ruang yang lebih dramatik. Bagi mengimbangi warna yang berat dan berani ini,
saya mencadangkan penggunaan warna-warna
pastel seperti off white. Ia secara tidak langsung memberi efek ruang lebih senada dan kelihatan cantik
dalam satu pelan lantai ruang yang sama.
Suatu ketika dahulu saya
ada membeli sebuah katil dan kepala katil yang di upholstery dengan fabrik
bermotif bunga-bungaan. Apa yang menjadi isu adalah agak sukar untuk saya
padankan sarung cadar yang kelihatan serasi digayakan bersama serta tidak mahu
ruang kamar kelihatan terlampau feminin. Boleh anda berikan idea tentang
perkara ini?
Langkah berani yang boleh anda ambil adalah
merubah atau menukar upholstery dengan
fabrik yang rata. Ianya boleh dipadankan dengan bermacam-macam jenis cadar
seperti putih, coklat, hitam ataupun merah hati untuk menaikkan mood pada ruang. Anda boleh menggunakan kusyen pelbagai motif
kesukaan sebagai penyeri kepada ruang beradu anda ini. Sekiranya anda masih
ingin mengekalkannya, apa yang anda boleh lakukan anda memilih cadar dengan
rona-rona asas seperti putih, hitam, beige dan juga krim. Bagi menonjolkan impak ruang lebih
bergaya, pilih fabrik cadar yang mempunyai tekstur seperti jahitan ataupun
perincian struktur.
Saya membeli sebuah
kediaman teres lama dengan keadaan bumbung yang sudah rosak. Boleh anda cadangkan
jenis atap dan kesesuaiannya?
Anda boleh memilih jenis
atap yang mampu bertahan dengan lebih lama dan juga mudah diselenggara. Ia merupakan pelaburan
yang sangat berbaloi bagi mendapatkan bumbung kediaman yang sentiasa cantik dan tidak kusam
dimamah cuaca. Monier merupakan antara pilihan terbaik kerana ia
menawarkan rangkaian bumbung buat pemilik kediaman. Malah ia juga peneraju kepada bumbung berteknologi hijau yang lebih mesra
alam. Di Monier anda boleh mendapat jenis bumbung yang dapat menjimatkan tenaga
dan bil elektrik
sehingga 30% dan rasa sejuk lebih 10ยบ. Malahan
terdapat pilihan yang lebih terkini sama ada
anda mahukan bumbung sejuk ataupun bumbung solar.
Kediaman saya mempunyai bay window. Apakah dekorasi yang
sesuai dilakukan pada ruang tersebut?
Tidak dapat dinafikan kedudukan bay
window sering menimbulkan dilema buat pemilik kediaman. Langkah
yang paling praktikal perlu anda lakukan adalah membina ruang duduk/santai tambahan di ruang bay
window ini. Bagi memberikan nilai tambah
pada ruang ini, lengkapkan binaan tempat duduk ini dengan unit
penstoran di bahagian bawahnya. Bagi kemasan langsir pula, bidai roller atau roman adalah yang paling sesuai digaya an bagi menonjolkan reka bentuk bay
window.
Via IKEA
Saya mahukan sesuatu yang selesa di ruang membaca/lounge, tetapi juga mahukan sesuatu yang selesa untuk tetamu tidur. Saya tidak sukakan penggunaan futon
memandangkan ruang yang ada juga terhad. Apakah idea yang anda rasakan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini?
Futon telah menjadi begitu popular di negara barat sejak dahulu lagi kerana ia menyajikan
dwifungsi kepada penggunaan ruang. Oleh kerana reka bentuk futon yang kebiasaannya bersaiz agak
dempak, ia tidak sesuai digayakan di ruang membaca atau bilik pelbagai guna
meskipun reka bentuknya kelihatan lebih menarik dan bergaya. Apa yang boleh anda lakukan adalah membeli day bed yang turut menyediakan dwifungsi sebagai tempat untuk membaca dan juga
boleh dijadikan tempat tidur. Apa yang penting adalah
kesesuaian perabot dipilih berpandukan saiz ruang yang ada.