Kafe merupakan tempat untuk kita bersantai, menikmati secangkir kopi ataupun hidangan kegemaran anda. Kafe yang tipikal boleh didapati di mana-mana ceruk tempat. Namun, gaya dekorasi bagi setiap kafe adalah berlainan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tata hias dalaman kafe memainkan peranan besar untuk menarik pelanggan ke kafe serta makanan yang sedap dan perkhidmatan terbaik. Menjadi kreatif dengan persekitaran ruang makan merupakan solusi terbaik memandangkan setiap orang mahukan atmosfera ruang makan yang menyenangkan serta meniupkan ilham santai. Malahan, tata hias dalaman yang unik akan membezakan sesebuah kafe dengan kafe yang lain dan mencipta penjenamaan di minda para pelanggan.
Profil projek:
Projek : Anak Tanjung Delight
Jenis projek : Kafe
Lokasi : Metropoint, Kajang
Pereka : imanpuri interior & architecture
Berikut merupakan proposal lukisan 3D yang dicadangkan oleh imanpuri interior & architecture kepada pemilik kafe ini.
|
© imanpuri interior & architecture
|
|
© imanpuri interior & architecture
|
|
© imanpuri interior & architecture
|
Projek yang diketengahkan kali ini merupakan sebuah projek kafe iaitu Anak Tanjung Delight yang terletak di Metropoint, Kajang. Projek kafe ini pernah mengisi halaman IMPIANA, isu Mei 2011 di dalam kolum Deko Kafe.
S : Ceritakan serba sedikit mengenai kafe ini?
Anis Amir : Sekali pandang mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa kafe ini asalnya merupakan sebuah butik pakaian. Di sinilah letaknya cabaran dalam mengubah wajah sebuah butik menjadi sebuah kafe terutama dari segi perencanaan ruang. Pemilik kafe ini telah menyerahkan tanggung jawab kepada imanpuri interior & architecture untuk mengubah wajah ruang ini untuk menjadi sebuah kafe yang berkonsepkan kopitiam moden.
S : Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses pengubahsuaian?
Anis Amir : Bagi proses renovasi, selama sebulan masa diperuntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian utama, hanya water feature yang terletak di bahagian hadapan kafe yang dikekalkan memandangkan ia antara feature yang menarik untuk dikekalkan. Pengubahsuaian utama melibatkan bahagian dapur di mana konsep yang ingin diketengahkan adalah open concept kitchen. Binaan kaunter menjadi elemen terpenting di ruang ini yang turut dilengkapi dengan kabinet pamer bercermin yang mempertontonkan seleksi hidangan kuih-muih kafe ini.
S : Bagaimana pula dari segi pemilihan konsep bagi kafe ini?
Anis Amir : Naturalistik adalah tema yang diterapkan dalam penggayaan kafe ini dengan memberi penekanan kepada kemasan penyudah material seni bina yang asas persembahan kosmetiknya dan rough plastering yang membiaskan mood rustik.. Namun, pemilik kafe mahukan inspirasi seni bina Melaka turut dipaparkan ke dalam tata hiasan dalaman memandangkan kafe ini menyajikan hidangan tradisional Melaka. Elemen ini saya paparkan kepada struktur bata di bahagian dapur terbuka yang berona merah, inspirasi warna seni bina kota A Famosa. Selain itu, biasan warna ini juga turut diaplikasikan sebagai warna utama latar dinding kafe. Secara psikologi juga kita sedia maklum bahawa warna merah mampu menyuntik selera dan warna yang serasikan digayakan di outlet makanan. Pilihan perabot pula mempamerkan keunikan perabot Baba & Nyonya yang antik sedikit sebanyak meniup atmosfera negeri Melaka.
S : Apakah keistimewaan kafe ini?
Anis Amir : Selain seleksi makanannya yang sedap? Sudah tentulah latar hiasan dindingnya yang bagaikan mencipta suatu ceriteranya tersendiri. Selain foto-foto hidangan menu yang mengecurkan selera, gambar nostalgia pemilik yang dicetak hitam putih membangkitkan nostalgianya tersendiri. Malahan, foto seni bina kediaman di Melaka memperindahkan lagi ruang serta mendekatkan para pelanggan yang datang dengan khazanah kebudayaan Melaka itu sendiri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan serta inginkan informasi lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh imanpuri interior & architecture, silalah emelkan ke:
imanpuri@yahoo.com