Wednesday, April 6, 2011

Rekabentuk dwi-functional kediaman apartment

Sudah lama saya ingin berkongsi idea dekorasi rumah kediaman yang hampir 2 tahun saya design interior apartment ini...Alhamdulillah segala cetusan idea yang diimpi dan diangankan oleh pemilik apartment ini berjaya saya  meralisasikan dan hasilnya pemilik rumah dapat  berteduh dengan ruang yang ceria dan praktikal bersama anak-anak...

" Memiliki kediaman sendiri adalah saat manis yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi ia bakal menjadi tempat berteduh yang selesa buat kami sekeluarga. Untuk itu, saya telah mengubahsuai kediaman ini menjadi sebuah kediaman yang dapat memenuhi kehendak setiap penghuni nya".


Koordinasi ruang yang sempurna diselaraskan mengikut keluasan ruang yang ada. Pemilihan sofa berbentuk L yang diletakkan di ruang sudut sangat praktikal dengna fungsi ruang yang menjadi tumpuan tetamu. Suntikan rona jingga daripada sofa dan ottoman berjaya menghidupkan lagi suasana ruang tamu kediaman ini.


Aksesori memainkan peranan dalam memberi sentuhan terakhir kepada wajah sesebuah ruang. Saya telah memilih bunga tiruan, bebola rotan dan juga potret keluarga sebagai medium yang bakal mencorakkan lagi keindahan segenap ruang kediaman.

 Apa yang menjadi kunci kehebatan ruang kamar ini adalah pintu yang mudah dilaraskan penggunaan mengikut keluasan ruangnya. Nilai praktikaliti dan fungsian hebat menyerlahkan identiti ruang dengan konsep rekaan yang moden. Binaan kabinet pamer binaan dalam menjimatkan penggunaan ruang yang terhad selain menjadi unit penstoran yang bijak.

Dominasi material kaca seperti cermin dan kaca telus pandang menyerlahkan prinsip moden yang digayakan pada kediamna ini. Berperanan sebagai pembangkit ilusi ruang agar lebih luas, ruang kediaman kelihatan berganda di samping melampiaskan ilham seni bina berpotongan moden.


Pemilihan perabot binaan dalam di ruang kamar beradu utama seperti bahagian katil ini adalah solusi bijak dalam merungkai permasalahan ruang yang begitu terhad. Dominasi latar dinding rona putih menghasilkan refleksi cahaya yang lebih terang kepada ruang kamar, seterusnya mewujudkan dimensi ruang agar tampil lebih luas.

Idea rekaan di kamar anak-anak tampil dengan ceria dengan inspirasi dekor yang bakal mewarnai imaginasi mereka. Ruang kamar diperuntukkan sebagai temapt belajar, almari pakaian dan unit penstoran barangan mainan. Ruang lantai dinaikkan sedikit menjadi platform yang berkemasan lantai kayu berlamina di mana kebanyakan aktiviti si kecil dilakukan di ruang ini. Binaan meja almari binaan dalam dan meja merupakan penyelesain bijak dalam merencanakan ruang kamar si kecil yang berkeluasan minima. Aplikasi cermin besar di ruang dinding menghasilkan impak ruang yang lebih besar. Rekaan di kamar si kecil ini juga tidak mementingkan praktikaliti dan memberikan keselsaan, malah terapi warna yang ditonjolkan juga mempengaruhi mood mereka sewaktu berada di ruang ini.

Oleh kerana pemilik kediaman ini bekerja di rumah, siaz meja makan yang besar merupakan satu keperluan. Ini kerana, selain berfungsi sebagai tempat menjamu selera, meja tersebut juga dijadikan tempat bekerja, menulis, melukis dan membaca pelan bersaiz besar. Ruang makan diisi meja makan panjang lapan tempat duduk daripada paduan material kaca dan kayu padu. Selitan sofa berpotongan moden rona merah memberikan karakter berbeza pada ruang ini. Dinding sisinya diperkemaskan dengan panel cermin besar yang memenuhi ruang dinding bagi mengilhamkan ruang mkaan dan dapur tampil lebih luas dan besar.

 Ruang dapur yang dilengkapi dengna kabinet dasar dan kabinet gantung sebagai unit penstoran ini boleh dilihat secara langsung dari ruang makan. Ruang dapur kering ini juga kelihatan menarik dengan kombinasi rona merah dna putih. Malah, setiap elemen yang saya tonjolkan juga menerapkan nilai praktikal dan fungsi ruang digunakan secara optimum. Terutama sekali dari segi pengaturan ruang dan pemilihan material perabot.
 Baiklah setakat ini yang saya boleh kongsikan ruang kediaman rumah  yang diilhamkan dengan penuh praktikal dan kebanyakan nya adalah dwi-function. Bagi saya, keselesaan pada kediaman penting kerana kediaman bukanlah sebuah ruang untuk dipertontonkan. Selain itu, kesinambungan antara gaya, nilai praktikal dan menepati keperluan serta gaya hidup juga menjadi kunci kekuatan sebuah kediaman yang ideal.

teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!



7 tips mudah pencetus MOOD di ruang tamu

Salam ceria buat pengunjung blog anis amir...Diharapkan semua pembaca sudi dan rajin singgah ke blog ini kerana pelbagai inspirasi dekorasi dan tips2 yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua yang berkaitan dengan seni tatahias ruang dalaman...

kali ini saya ingin berkongsi 7 TIPS MUDAH PENCETUS MOOD di RUANG TAMU...sentuhan dekorasi di ruang tamu seharusnya sentiasa segar, membangkitkan MOOD serta memberikan keselesaan kepada tetamu dan penghuninya. Dengan ini saya mengetengahkan 7 panduan mudah untuk mencetuskan ruang tamu yang COSY dan praktikal...selamat mencuba!!!

1- PENCAHAYAAN
 ~ Ruang ini boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi aplikasi pencahayaan bersesuaian. Pencahayaan putih ( day light ) misalnya untuk urusan-urusan penting dan rasmi atau teknikal, manakala untuk mood santai pula boleh dijelmakan menggunakan pencahayaan kuning ( warm light ). Sebagai langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu pada kediaman. sebagai contoh, lampu siling atau halogen bercahaya putih, makala candelier, lampu meja dan lampu berdiri pula dilengkapi mentol bercahaya kuning. Jika tidak memasang alat pelaras ( dimmer ) anda boleh memilih mentol berkuasa rendah yang memberikan cahaya yang lembut pada ruang tamu.

2. LUKISAN
~ Lukisan atau gambar berbingkai adalah elemen hiasan dinding yang boleh digunakan untuk menimbulkan mood yang tenang. Lukisan pemandangan di terpian pantai misalnya membawa imaginasi sesiapa yang memenadangnya seolah-olah berada di tepi pantai. foto-foto kenangan sewaktu anda masih kecil juga boleh dibingkaikan dan dipamerkan pada dinding dalam pola yang menarik.

3. FABRIK KAYA TEKSTUR
~ gunakan fabrik yang bertekstur seperti baldu, tafetta, jacquard atau sutera untuk sesetengah perkakas kemasan lembut. Sebagai contoh, kusyen pada sofa, langsir atau upholsteri sofa.

4. WARNA
~ Gunakan warna-warna ruang yang mencetuskan mood tenang dan mesra. Warna-warna pastel misalnya sesuai diaplikasikan untuk mengundang mood sebegini.


5. SUSUNAN PERABOT
~ Susunan perabot memainkan peranan penting dalam mencipta raung yang mesra. letakan perabot secara berkelompok membentuk susana yang selesa untuk perbincangan. Sofa hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain agar tetamu berasa tidak terasing atau tersisih. Ambil kira trafik agar letakan perabot tidak menganggu lalu lintas keluar masuk ke ruang tamu.

6. AROMA
~ Aspek bau-bauan tidak boleh dipandang ringan dalam mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Cetusan bau-buan yang menyenangkan akan menambah keselesaan dan ketenangan buat tetamu. Nyalakan lilin aroma terapi atau bakar minyaknya menggunakan bekas khas untuk mendapatkan kesan yang optimum. Penyembur wangina berjadual yang kini banyak terdapat di pasaran juga boleh dijadikan pilihan agar suasana sentiasa harum dan segar.

7. BUNYI-BUNYIAN
~ Bunyi-bunyian, walaupun tidak boleh dilihat tetapi masih tetap memainkan peranan penting dalam mencipta mood di ruang tamu. Agar suasana ruang tamu relak, cuba wujudkan water feature kecil di salah satu sudut ruang tamu anda. Bunyi air mengalir ini boleh menjadi terapi yang memberikan kerehatan pada minda. Meamsang kerincing angin juga idea yang baik kerana ia akan emmberikan bunyian tersendiri setiap kali ditiup angin. Muzik jazz dan klasik yang perlahan juga hidangan untuk telinga yang membuai perasaan dan menenangkan.

teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!

Wednesday, February 23, 2011

Inspirasi 3D dapur moden

Dapur ini merupakan salah satu contoh konsep moden yang berpotongan ringkas. ia diganbungkan dua warna yang menarik, iaitu satu warna asas dan satu lagi warna yang terang, Menarik perhatian dan berbeza untuk menimbulkan kesan ceria di dalma ruang dapur. Dapur yang mempunyai warna begini semakin digemari oleh pengguna yang mencari keunikan, ringkas dan moden selain mementingkan ciri-ciri praktikal.



Konsep : 
MODEN

Pecahan Kos :
Kabinet - RM 8k
Top Granit - RM 5k
Kaunter Pulau - RM 5k

Luas Lantai :
16 ' x 18'





 Pelan Dapur


* Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas
 * Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas

" Aplikasi dapur ini sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan ruang lantai 300 kaki persegi dan ke atas. ruang untuk pergerakan sekurangnya tiga kaki antara kabinet supaya lebih selesa untuk melakukan pergerakan di ruang tersebut. Kebiasaan ruang lantai seluas ini didapati di rumah semi-D mahupun banglo yang mempunyai saiz dapur yang luas "


teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!

PART 2 :Tips bagaimana merekabentuk dapur yang sempurna

Baik lah di sini saya nak sambung kembali PART 2 tips mengenai merekabentuk dapur yang sempurna...okey teruskan membaca yea....


Apakah cadangan penggunaan warna yang sesuai untuk ruangan dapur sempit agar kelihatan luas.
 - Untuk dapur yang sempit, warna-warna memainkan peranan penting untuk menghasilkan mood yang sesuai dengan jiwa pemilik. Warna bermain peranan untuk menaikkkan mood ruang dapur. Sebaiknya ruang dapur mempunyai satu atau dua warna sahaja. Bagi pemilik yang menggemari mood yang santai dan kedesaan boleh memilih warna-warna yang neutral dari rona effect kayu. Bagi pengguna yang menggemarkan potongan ringkas dan moden boleh memilih laminated yang mempunyai warna-warna yang polos dan kaca berwarna. Jika mempunyai keluasan dapur yang terhad dan sempit, pemilik perlu bijak menggunakan warna agar tidak nampak sesak. Misalnya jika pemilik mahu menggunakan warna hitam sebagai kabinet, anda perlu pandai menyesuaikannya dengan warna-warna yang lebih cerah seperti di lantai, siling, counter top, glass tiles, dan kemasan tingkap.

Jika ingin menggunakan kertas dinding di ruang makan kediaman apartment, kondominium dan pangsapuri, apakah ianya sesuai. Jika sesuai apakah corak yang disarankan?
- penggunaan kertas dinding pada ruang makan bergantung kepada kedudukan ruang makan tersebut. Jika ia mempunyai permukaan dinding yang banyak dan terletak pada sudut maka ia boleh menggunakan kertas dinding tanpa memerlukan motif yang sarat dengan corak supaya ruang tidak menjadi smepit. padankan juga dengan warna-warna yang kosong asas di sekelilingnya supaya nampak lebih seimbang dengan kertas dinding tadi.

Pengcahayaan yang sesuai untuk dapur berkeluasan terhad?
- Pencahayaan adalah elemen asas yang penting perlu diterapkan pada dapur berkeluasan terhad. Utamakan pengcahayaan yang semulajadi dan mencukupi untuk setiap raung dapur. Ini memudahkan untuk bekerja dan menaikkan mood ruang dapur. Pencahayaan daylight lebih bersesuaian untuk ruang sempit kerana lebih terang.

Pilihan aksesori untuk dapur berkeluasan terhad.
- Aksesori untuk dapur bagaikan lipstik dan maskara. ianya adalah pelengkap gaya dapur. antaranya pilih pemegang pintu kabinet yang ringkas dan tidak menonjol. Selain itu penggunaan soft closer, carousel, cutlery tray, tempat letak pinggan mangkuk dan sebagainya membolehkan penstoran yang maksimum supaya peralatan menjadi teratur dan kemas. tidak lupa juga tumbuhan yang menghijau untuk menghidupkan suasana dapur supaya lebih tenang dan nyaman.
Susun atur yang sesuai untuk ruang dapur yang sempit.
- Seperri yang diterangkan pada permulaan tadi, jika mempunyai dapur yang sempit dan terhad memerlukan kebijaksanaan untuk menyusun atur ruang supaya tidak menjadi sempit dan lebih praktikal. lebih pentingkan kepada keperluan asas iaitu untuk ruang memasak, mencuci, penyediaan dan penstoran. Kedudukan keperluan ini perlu menepati kemudahan untuk pergerakan dan praktikal. Dan ini boleh dilihat dalam reka bentuk double line mahupun L. Walau bagaimana pun semua ini terpulang kepada kesesuaian reka bantuk dapur tersebut. dan kita perlu bijak merekabentuk untuk mendapatkan dapur yang diidam kan.

baiklah ini adalah antara tips bagaimana untuk merekabentuk sesebuah dapur mengikut kesesuaian ruang.Diharapkan dengan tips2 ini anda dapat mengaplikasinya di ruang dapur rumah anda....



teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!

Wednesday, February 16, 2011

PART 1 :Tips bagaimana merekabentuk dapur yang sempurna

Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk merekabentuk sesuah dapur idaman yang menepati ciri-ciri sebuah dapur yang benar-benar menepati citarasa pemilik sebuah ruang dapur... sering kali soalan ini ditujukan...Sememangnya ruang dapur adalah satu ruang paling penting yang tidak boleh diambil mudah ciri-ciri rekabentuk dan fungsinya.


Kali ini saya bebesar hati ingin berkongsi tips bersama anda bagaimana ingin memilih atau merekabentuk dapur yang sempurna...tips ini adalah tips yang saya kongsikan juga diruangan " Inovasi Dapur terkini " dalam majalah DAPUR IMPIANA 2010

 
Langkah pertama yang perlu diambil sebelum membentuk ruang dapur?
 - Sebelum mereka bentuk dapur perlu memahami kehendak pemilik, fungsi dan keperluan untuk dapur tersebut supaya susun atur dapur menjadi lebih sistematik dan memenuhi kehendak pemilik dapur. Pemilik juga perlu banyak membuat rujukan pada buku-buku, rakan-rakan, keluarga dan paling mudah mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Khidmat nasihat mereka membolehkan anda berjimat supaya tidak tersasar daripada bajet yang anda peruntukan.

Bagaimanakah menentukan reka bentuk yang sesuai dengan keluasan sebuah kediaman?
- Contohnya untuk reka bentuk untuk single line, double line, bentuk L, bentuk U, bentuk pulau. Pada kebiasaannya reka bentuk dapur bergantung kepada keluasan sesuatu dapur itu sendiri. Susun atur dapur single line, double line dan L sesuai untuk dapur yang berkeluasan sempit dan sederhana seperti di apartment mahupun kondominium. Manakala bentuk U dan bentuk pulau lebih bersesuaian dengan dapur yang emmpunyai keluasan yang luas yang lebih daripada 100 kaki persegi seperti rumah semiD atau banglo. Namun dlm menentukan rekabentuk dapur faktor pergerakan, pengcahayaan, pengudaraan adalah emelen asas yang perlu dititikberatkan.

Bagaimana membentuk dapur berkeluasan terhad?
- Dalam membentuk dapur yang berkeluasan terhad merupakan satu cabaran minda yang maksimum. Anda perlu bersikap terbuka dan positif untuk menggunakan setiap pelosok ruang dapur dengan sebaik mungkin. ukuran keluasan adalah satu aspek penting. Ini kerana dengan keluasan yang tepat anda akan dapat membentuk ruang dapur yang selesa dan memenuhi keperluan anda. Jika mempunyai saiz ruang dapur yang sempit perlu bijak mengatur ruang dan menempatkan keperluan yang asas sahaja iaitu ruang mencuci, ruang memasak, ruang penyediaan dan penstoran. Sekiranya mempunyai idea untuk membuat bar counter, serving counter mahupun kaunter pulau perlu dilihat kesesuaian pada ruang dengan melihat dari segi aspek pergerakan, keselesaan dan laluan kerja. selain itu antropometrik juga perlu tidak kurang pentingnya dalam mereka bentuk dapur yang sempit. Antropometrik adalah satu kajian tentang pergerakan manusia di sesuatu ruang. Contoh laluan yang minimum adalah 3'. Kabinet bawah tidak terlalu rendah atau tinggi begitu juga kabinet gantung. Pastikan pintu kabinet mudah dicapai dan dibuka untuk mengisi barang-barang.

Jika pemilik berhajat melakukan sedikit ubahsuai di ruang dapur terhad, apakah ubah suai ideal untuk sebuah kediaman jenis apartment atau pangsapuri?
- Pengubahsuaian yang ideal sekali untuk ruang dapur yang terhad adalah yang ringkas terampil bergaya. Di pasaran terdapat pelbagai pilihan material boleh didapati untuk pintu kabinet. Anda boleh memilih pintu kabinet dari solid wood, lamintaed finish, glass spray dan mdf spray board. Manakala permukaan kaunter kerja jika menggunakan concrete top boleh memasang kemasan jubin sama ada 300x300mm mahupun 600x600mm. Selain daripada itu boleh menggunakan material dari solid surface, kemasan laminated, granit mahupun marmar. Begitu juga kemasan lantai dan dinding perlu bijak memilih material yang sesuai dengan konsep dan bajet anda. Apa jua pilihan anda bagi ruang dapur yang terhad dinasihatkan supaya memilih material yang tampak ringan dan ringkas. Jika memilih material penuh dengan corak akan menyempitkan ruang dapur yang kecil.


Apakah saiz standard dapur apartment atau kondominium. Masalah yang sering dihadapi dalam rekaan dapur jenis begini?
- Saiz dapur pada apartment atau kondominium di pasaran sekarang begitu terhad luasnya. Biasanya apartment mempunyai keluasan dapur 100 kaki persegi sahaja. Dan ini memaksa pereka untuk berfikir lebih kreatif dan lebih mementingkan keperluan asas semata-mata untuk merekabentuk dapur tersebut. Masalah yang sering dihadapi adalah perletakan soket yang sedia ada tidak sesuai dengan penggunaannya dan ada juga kedudukannya terlalu hampir dengan sinki dan tidak mencukupi kuasa untuk perkakasan elektrik seperti peti sejuk, hud, periuk nasi elektrik dan sebagainya. Begitu juga dengan kedudukan paip air keluar dan masuk perlu dititikberatkan dari awal sebelum kerja-kerja pengubahsuaian mahupun pemasangan kabinet baru. Kebiasaannya kedudukan paip akan berubah mengikut lokasi yang sesuai dan jenis singki yang dipilih. Ini untuk mengelakkan kerja-kerja plumbing tiada bermasalah. dan perlu diingatkan untuk pastikan bahan-bahan plumbing berkualiti tinggi kerana tekanan air untuk rumah apartment mahupun kondominium mempunyai tekanan air yang tinggi.

*** bersambung di entry yang akan datang...lebih byk tips2 yang akan saya kupaskan untuk info anda semua mengenai rekabentuk dapur yang sesuai...


teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!

Thursday, February 10, 2011

Trend 2011- Modern Green

Menyahut cabaran 2011 dlm trend dekorasi tahun ini amat sungguh mencabar...rata-rata designer perlu memikirkan idea dan konsep yang baru dan lebih segar untuk menampakkan kelainan dlm sentuhan citarasa kepada pelanggan...Ini bagi memastikan Trend tidak ketinggalan zaman dan asyik tertumpu pada design yang kaku dan tidak mengikut arus terkini...Inilah yang amat menyukarkan bagi setiap designer...sebenarnya bukan lah sesukar mana...cuma nak mengopek idea2 yang lain..baru dan lebih segar memerlukan sedikit percubaan yang luar biasa untuk diterapkan sama ada penerimaan pelanggan boleh diterima atau tidak...

Maka saya adalah antara 20 Designer yang berpeluang memberi sedikit idea dan pendapat mengenai trend terkini yang boleh menyegarkan industri dekorasi di Malaysia...Di dalam Majalah Impiana Disember 2010 ada memaparkan idea-idea dari pakar2 dekorasi terkenal di Malaysia...cuma apa yang ingin saya pertengahkan ialah pendapat saya di dalam majalah tersebut....

" MODERN GREEN "

Di atas kesedaran dan tanggungjawab sosial penggiat seni bina, 2011 adalah tahun ' modern green", rekabentuk yang mengambil kira penjimatan penggunaan sumber tenaga yang maksimum dan dekat dengan alam. warna pilihan adalah warna karat rustik semulajadi dan rona coklat gelap sesuai digunakan bagi pelbagai ruang "


teruskan 'stay tune'  bersama saya anis-amir....pakar dekorasi bersama anda!!!