Monday, July 30, 2012

Fail Dekor : Pesona Pastel

Kelembutan rona pastel seringkali dikaitkan dengan sifat feminin. Namun di dalam dekorasi, tiada limitasi dalam menggayakan rona ini. Pesona ronanya dapat membangkitkan atmosfera ruang menenangkan dan sejuk mata memandang. Mungkin pastel menjadi pilihan anda dalam membuat make-over gaya hias sempena lebaran nanti!


Thursday, July 19, 2012

Serlahan Kreativiti Anis Amir

Berpeluang sekali lagi menghiasi halaman majalah Impiana bagi kolum 10 Soalan Bersama, mengembangkan lagi nama imanpuri interior & architecture di mata umum. Kolum ini menyentuh kepada perjalanan kerjaya dalam mengorak nama imanpuri interior & architecture yang kiah gah di arena reka bentuk dalaman. Bagi anda yang masih tertanya-tanya mengenai imanpuri interior & architecture, luangkan masa untuk mendekati filosofi peneraju utamanya, Anis Amir.



Wednesday, July 4, 2012

Fail Dekor: Orange & Pink

Masih ingatkah lagi anda dengan warna pilihan tahun ini iaitu Tangerine Tango? Percikan warna jingga yang pasti menghangatkan suasana dekorasi pada kediaman. Kali ini imanpuri interior & architecture menyajikan idea bagi kolum terbaru, Fail Dekor. Bagi entri ini, anda boleh mencedok inspirasi gaya hasil kombinasi warna terhangat tahun ini bersama warna merah jambu.

Ingat, dalam mendekorasi anda tidak perlu takut untuk mencuba warna-warna yang berani!